VIDEO PRODUK
Video Produk Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACSPA
SKOP PERLINDUNGAN
Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACSPA menyediakan skop perlindungan yang komprehensif seperti berikut:
MANFAAT 1
KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN SEBAGAI PENUMPANG DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM BERLESEN
Kematian Akibat kemalangan akan dilindungi apabila peserta CuepacsPA terlibat sebagai penumpang di dalam Pengangkutan Awam Berlesen
Pelan A
Pelan B
RM220,000
RM440,000
MANFAAT 2
Kematian Akibat Kemalangan Dalam Pengangkutan Selain Daripada Pengangkutan Awam
Bagi kematian akibat kemalangan semasa dalam perjalanan dengan pengangkutan selain daripada pengangkutan awam.
Pelan A
Pelan B
RM110,000
RM220,000
MANFAAT 3
KEMATIAN AKIBAT LAIN-LAIN KEMALANGAN
- Pembunuhan atau serangan
- Mogok, rusuhan,kekacauan awam atau perampasan
- Keracunan makanan secara kemalanagn
- Lemas secara kemalangan
- Panahan petir
- Pendedahan dan kehilangan
Pelan A
Pelan B
RM110,000
RM220,000
MANFAAT 4
KELUMPUHAN MENYELURUH ATAU KETIDAKWARASAN AKIBAT KEMALANGAN
Perlindungan CuepacsPA bagi kelumpuhan menyeluruh dari leher kebawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak dapat diubati akibat kemalangan
Pelan A
Pelan B
RM220,000
RM440,000
MANFAAT 5
HILANG UPAYA KEKAL AKIBAT KEMALANGAN
CuepacsPA melindungi hilang upaya kekal ( sila rujuk skala manfaat ) atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh
Pelan A
Pelan B
RM110,000
RM220,000
MANFAAT 6
PERBELANJAAN PERUBATAN AKIBAT KEMALANGAN
Pembayaran balik bagi semua perbelanjaan perubatan akibat
kemalangan ditanggung oleh CuepacsPA semasa dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta
Pelan A
Pelan B
RM3,000
RM5,000
MANFAAT 7
ELAUN TUNAI HARIAN DI HOSPITAL KERAJAAN
Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan sebanyak RM100 sehari diberi semasa penghospitalan akibat kemalangan kepada peserta CuepacsPA
Pelan A
Pelan B
RM2,000
RM3,000
MANFAAT 8
ELAUN PERJALANAN MINGGUAN
Elaun perjalanan mingguan diberi kepada ahli keluarga terdekat untuk melawat peserta semasa di hospital akibat kemalangan
Pelan A
Pelan B
RM50 seminggu
sehingga RM500
RM100 seminggu
sehingga RM1000
MANFAAT 9
KHAIRAT KEMATIAN
Manfaat tambahan untuk digunakan sebagai belanja pengebumian, penguburan atau pembakaran jenazah (bagi bukan islam) dan upah haji (bagi beragama islam)
Pelan A
Pelan B
RM3,000 (peserta bukan Islam)
RM6,000 (peserta bukan Islam)
RM1,500-UPAH HAJI RM1,500-KHAIRAT KEMATIAN (peserta Muslim)
RM3,000-UPAH HAJI RM3,000-KHAIRAT KEMATIAN (peserta Muslim)
PENGECUALIAN
Berikut Merupakan Senarai Pengecualian Program Perlindungan Kemalangan Diri CuepacsPA:
- Peperangan atau Peperangan saudara – sama atau diisytiharkan atau tidak.
- Penglibatan secara langsung dalam rusuhan atau kekecohan awam.
- Membunuh diri atau cuba membunuh diri atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian sama ada keadaan siuaman atau tidak siuman.
- Perjalanan udara kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang.
- Kehamilan, Kelahiran Anak, Keguguran.
- Anggota berpakaian seragam dan bersenjata, perkhidmatan atau operasi angkatan tentera laut atau udara.
- Memanjat batu atau mendaki gunung, meneroka gua, seni mempertahankan diri atau tinju, aktiviti dalam air yang melebihi lima puluh (50) meter dalam, aktiviti udara termasuk payung terjun, peluncuran gantung, terjun bungee atau sebarang jenis perlumbaan selain daripada yang menggunakan kaki.
- Dipengaruhi oleh alkohol atau dadah.
- Perbuatan jenayah atau sebarang kegiatan haram.
- Keadaan sedia ada.
- Sebarang perbuatan keganasan.
- Sebarang aktiviti yang dilarang oleh prinsip-prinsip Shariah.
- Wabak dan/atau pandemik.
- Tambahan – Upah Haji atau Khairat Kematian tidak akan dibayar sekiranya berlaku kematian biasa yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh :
-
- Cubaan membunuh diri dalam masa 12 bulan dari tarikh kuatkuasa perlindungan perjanjian.
- AIDS atau komplikasinya atau jangkitan HIV.