Masyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan menyiapkan diri dari musibah yang bakal menimpa. Dengan Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA, hidup anda terurus bagaikan sudah menyediakan payung sebelum hujan.
Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA telah direalisasikan oleh CUEPACS dan Medicare dengan memberi perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat Penjawat Awam.Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga RM440,000.00.