Kami di Medicare mengalu-alukan para mahasiswa / siswi dari institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk menjalani Latihan Industri ‘Praktikal’ di syarikat kami.
Kami menyediakan sebuah platform untuk anda mendapatkan pengalaman dalam industri Takaful sebelum melangkah ke alam kerjaya yang sebenar.
Syarat-syarat
- Terbuka kepada semua mahasiswa / siswi Malaysia
- Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
- Mempunyai sikap yang positif dan ingin belajar
- Tempoh Berkhidmat antara 3 hingga 6 bulan
Faedah-faedah
- Elaun Latihan Industri ‘Praktikal’
- Mentor yang berpengalaman luas dalam industri Takaful
Nota :
Sila kemukan Surat Pengesahan daripada Institusi Pengajian semasa memohon.