CuepacsPA tidak melindungi sebarang kerugian atau kecederaan yang secara langsung atau tidak langsung
disebabkan:-

- Peperangan atau Peperangan saudara – sama atau diisytiharkan atau tidak.
- Penglibatan secara langsung dalam rusuhan atau kekecohan awam.
- Membunuh diri atau cuba membunuh diri atau sebarang percubaan untuk berbuat demikian
sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman. - Perjalanan udara kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang.
- Kehamilan, Kelahiran Anak, Keguguran.
- Anggota berpakaian seragam dan bersenjata, perkhidmatan atau operasi angkatan tentera
laut atau udara. - Memanjat batu atau mendaki gunung, meneroka gua, seni mempertahankan diri atau
tinju, aktiviti dalam air yang melebihi lima puluh (50) meter dalam, aktiviti udara termasuk
payung terjun, peluncuran gantung, terjun bungee atau sebarang jenis perlumbaan selain
daripada yang menggunakan kaki. - Dipengaruhi oleh alkohol atau dadah.
- Perbuatan jenayah atau sebarang kegiatan haram.
- Keadaan sedia ada.
- Sebarang perbuatan keganasan.
- Sebarang aktiviti yang dilarang oleh prinsip-prinsip Shariah.
- Tambahan – Upah Haji atau Khairat Kematian tidak akan dibayar sekiranya berlaku
kematian biasa yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh :
- Cubaan membunuh diri dalam masa 12 bulan dari tarikh kuatkuasa perlindungan perjanjian.
- AIDS atau komplikasinya atau jangkitan HIV.