TAKLIMAT DAN PENERANGAN

Bagi memastikan matlamat Cuepacs “Mentakafulkan Setiap Penjawat Awam” dicapai, Program CUEPACS PA sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang efisien kepada anda. Perkhidmatan taklimat dan penerangan akan dijalankan di tempat anda.

SYARAT-SYARAT:-

  1. Bilangan kehadiran minima ialah 30 orang.
  2. Pihak anda dikehendaki menyediakan peralatan seperti projektor, alatan audio dan peralatan lain berkaitan yang dirasakan perlu.
  3. Jika terdapat pindaan pada tarikh yang ditetapkan, sila hubungi kami untuk kemaskini maklumat dengan segera.

PROSES TAKLIMAT:-
Taklimat pemasaran dijalankan di Jabatan-Jabatan Kerajaan untuk memberikan penerangan serta manfaat produk dan sesi soal jawab. Matlamat taklimat ini adalah untuk menyalurkan informasi yang komprehensif kepada Penjawat Awam mengenai produk dan kepentingan takaful.

KAUNTER PERTANYAAN:-
Kaunter pendaftaran sementara dibuka di Jabatan-Jabatan Kerajaan dengan tujuan memberi penerangan serta manfaat produk kepada Penjawat Awam. Penjawat Awam yang berminat boleh membuat pertanyaan tentang produk dan membuat permohonan dengan mengisi dan melengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan.