HAD UMUR PENYERTAAN & PERLINDUNGAN

Berikut adalah had umur penyertaan pemohon, pasangan dan anak-anak

PEMOHON DAN PASANGAN -

Layak untuk mohon dari umur 18 tahun hingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

ANAK PEMOHON -

Dilindungi dari umur 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

JADUAL SUMBANGAN

Sumbangan bulanan adalah melalui Potongan Gaji (Biro Perkhidmatan Angkasa)

SUMBANGAN BULANAN

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mengikut Akta Cukai Jualan dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang kini pada kadar 6%. Kadar semasa SST adalah tertakluk pada perubahan.

Nota-nota:

  • Semua sumbangan untuk anak dan suami/isteri mesti dibayar melalui peserta.
  • Pasangan dikehendaki memberitahu pekerjaan sekarang (jika ada).
  • Pasangan dengan pekerjaan berisiko tinggi akan dikenakan sumbangan RM12.72 sebulan untuk satu unit perlindungan.
  • Pasangan dengan pekerjaan berisiko tinggi tidak dibenarkan mengambil bahagian untuk 2 unit.

CARA PENYERTAAN

Berikut adalah perkara yang wajib diteliti sebelum mengemukakan permohonan :-

1. Muat turun BORANG PERMOHONAN CUEPACSPA, isikan dengan lengkap dan ditandatangani.

2. Sertakan BORANG BIRO ANGKASA BPA 1/79 (**Borang Asal Sahaja) beserta pengesahan majikan.

** Borang Biro Angkasa BPA 1/79 boleh diperolehi di jabatan anda atau e-melkan butiran (Nama penuh,
Alamat Penuh dan No Telefon) kepada kami di: c_service@medicare.org.my; untuk kami poskan.

3. Sertakan salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang menyertai bersama.

3.1. Sekiranya mempunyai anak angkat yang menyertai, sila sertakan salinan sijil anak angkat dari JPN.

4. Sertakan salinan slip gaji terkini.

Nota Penting :
Perlindungan hanya berkuatkuasa lima belas (15) hari selepas sumbangan pertama diterima daripada CUEPACS
dan bukan dari tarikh potongan gaji pertama.

Poskan ke alamat :

MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd
A-1-8 Pusat Perdagangan Intania
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa
41200 Klang Selangor
Tel: 03-33714248        Faks: 03-33714258